PEMIMPIN IDOLA AKU
NABI MUHAMMAD S.A.W
Menurut pandangan Islam, manusia dijadikan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi dan setiap manusia adalah pemimpin secara langsung atau tidak langsung.
Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. Kepimpinan baginda terserlah sewaktu baginda berada di kota Makkah iaitu sebelum menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul. Kepimpinan itu makin jelas setelah baginda berhijrah ke Madinah.
Kenapa aku pilih Nabi Muhammad ini sebagai pemimpin idola aku?
korang boleh buka link yang aku bagi dibawah ni
https://bennyaziz.wordpress.com/nabi-muhammad-manusia-terbaik-di-dunia/
Apa yang ada dalam kepimpinan Nabi Muhammad ini ?
1 - ADIL
- Antara ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah binti Abu Bakar al Siddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam segala hal seperti percakapan dan perbuatan.
- Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat assabiyah. Baginda juga membela kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama ini menjadi kebiasaan para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan ekonomi Islam. Baginda berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan diskriminasi kabilah. Dgn mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmosian dlm kalangan masyarakat.
2 - BIJAK
- Baginda juga seorang yang bijak. Baginda pintar mengatur taktik dan strategi peperangan. Contohnya, walaupun tentera Islam cuma seramai 313 orang dalam Perang Badar, namun dengan adanya strategi bijak yang diatur oleh baginda, mereka berjaya mengalahkan tentera Musyrikin/Quraisy Makkah yang seramai 1000 orang
- Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar Piagam Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara serta memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini Cuma terbatas kepada orang Islam sahaja.
4 - AKAL DAN BERILMU PENGETAHUAN
- Imu pengetahuan yg ada pd NM SAW membantu baginda membuat keputusan yg bijak. Kepimpinan baginda berdasarkan wahyu Allah. Akal yg dikurniakan oleh Allah mendorong manusia berfikir secara rasional dan ilmu pengetahuan membantu manusia membuat keputusan dgn bijak.





Comments
Post a Comment