DODGEBALL 101

Dodgeball

Jumlah Atlet
Permainan ini memerlukan  6 hingga 10 pemain sahaja bagi satu pasukan, namun pemain yang dibenarkan di atas padang bagi satu-satu permainan adalah 6 orang. selebihnya bertindak sebagai simpanan dan pemungut bola.

Cara Bermain dan Tempat Bermain

Dua pasukan diperlukan untuk memulakan permainan ini dimana satu permainan memerlukan 6 biji bola diletakkan di garisan tengah
gelanggang. Apabila pengadil menjerit 1..2....Dodgeball!! pemain yang berada pada garisan asas perlu berlari (Dipanggil Opening Rush) untuk mendapatkan tiga bola yang berada bahagian kanan gelanggang dan hendak lah kembali melepasi garisan serangan. sekiranya pemain mengacau bola pihak lawan atau melempar bola tanpa melepasi garisan serangan dikira sebagai FOUL START, semua bola akan diserahkan pada pihak lawan.
Courtesy of Google Image



Pemain juga tidak dibenarkan untuk melepasi mana-mana garisan, sekiranya garisan dipijak atau dilepasi makan pemain tersebut akan tersingkir dari permainan dan hendak lah menunggu di Kawasan kembali.
Oso Google Image

Objektif permainan ini adalah untuk menyingkirkan pasukan lawan dengan melempar bola ke arah mereka secara terus. Sekiranya bola yang dilempar ke arah pihak lawan melantun sebelum itu, pihak lawan tersebut tidak tersingkir.

Sekiranya bola yang dilempar berjaya ditangkap, pemain yang melempar bola tersebut tersingkir dan sekiranya ada pemain bagi pihak yang menangkap bola ada yang terkeluar maka pemain tersebut dimasukkan semula dari Kawasan Kembali.
Courtesy Of Youtube

Permainan ini seperti permainan bola beracun just more cool. a bit. sort of.

Comments

Popular Posts